
Pesakit Luar
Wad Bersalin Dan Nurseri
Pusrawi menyediakan variasi pilihan bilik bagi memastikan keselesaan dan perkhidmatan terbaik bagi semua pesakit. Suasana bilik yang harmoni dan kondusif membantu pesakit berasa tenang dan selamat.
Nurseri bagi menempatkan bayi sebaik sahaja dilahirkan turut terdapat di Pusrawi. Bayi akan dijaga dan dirawat sehingga dibenarkan pulang. Sepanjang berada di hospital, keperluan bayi seperti pakaian, kain balutan, lampin pakai buang serta kelengkapan mandian akan disediakan oleh unit nurseri.
Laktasi/Pendidikan Penyususan Bayi
Penyusuan susu ibu merupakan salah satu proses yang dilalui oleh setiap ibu-ibu dan bayi mereka. Penyusuan susu ibu mampu menggalakkan hubungan ibu-anak melalui sentuhan, meningkatkan sistem imuniti dan antibodi bayi untuk mencegah penyakit, mengecutkan rahim ibu selain membekalkan nutrisi dan khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam fasa awal pertumbuhan dan perkembangan tubuh badannya.