Pesakit Luar
Ante-Natal, Post Natal & Ginekologi
Kami sangat komited dalam membantu ibu yang mengandung bermula dari awal proses kehamilan. Diketuai dengan kumpulan konsultan yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik, pasukan perkhidmatan bersalin di Pusrawi bersedia untuk menyediakan rawatan yang selamat dan berkualiti bagi semua pesakit.
Pada masa yang sama, jururawat kami yang cukup pengalaman dalam bidang berbidanan dan penyusuan akan turut serta membantu menyediakan rawatan yang optimum bagi bayi yang baru lahir.
Klinik Pediatrik
Pasukan pakar pediatrik di Pusrawi sentiasa bersiap sedia untuk menyediakan penjagaan perubatan, pembedahan dan pemulihan yang terbaik bagi bayi dan kanak-kanak sehingga uur 12 tahun.
Kesuburan - Klinik Perancangan Keluarga
Pusrwai turut menyediakan pelbagai jenis rawatan kesuburan dan perancangan keluarga pada harga yag berpatutan.
Farmasi
Pelbagai jenis ubatan boleh didapati di Farmasi Pesakit Luar termasuklah ubat-ubatan terhad dan terkawal.